BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 20, 2010

Abstract

Orang kata....sume manusia ada masalah sendiri.....

Dan sume manusia juga kadangkala struggle selesaikan masalah masing-masing. betul x?

Oraitlah....bukan pe, cuma nak mengaku je diri nie ada problem akhir-akhir nie....

Apelah aku nie, last-last sebelum raya cina hari tu baru nak sedar pasal problem? Sian ko Safwan.
Tapi takpelah at least kesedaran tu datang sendiri, walaupun ada orang lain cuba menyatakannaya, cuma diri sendiri boleh melakukannya...takpe, at least, adalah jugak kan?

Struggle to get things going my way this semester, poor form, but i try. Guess the best out of me is yet to come?

Pernah syimir mengatakan bahawa....'wan, ko nie budak cerdik, tapi GILA', 'kalau ko tak GILA, aku rasa dah lama ko D.L'...walaupun aku tak berapa hargai mende alah D.L tu...(sebab bagi aku pingat dan biasiswa sukan k.pt tahun nie lagi penting), aku tetap akan ambik kata-kata syimir wat pegangan until the end of semester.....

::::THE BEST OUT OF ME WILL COME SOON:::::
::::VERY VERY SOON::::

P/s: The problem is my commitment towards the lab reports and classes. I dont know why, but this sem really BENGONG. Lots of reports and assignments not submitted and thats bad....REAL bad....

Tuesday, December 29, 2009

Assalamualaikum/Salam 1 Malaysia...

Dah 3 hari dah bermulanya semester baru Safwan di UDM nie...sedih jugak melihatkan ex-clasmate sume dah g praktikal. Tetapi wan terpaksa tabahkan hati meneruskan perjuangan dalam pelajaran di sini, namun begitu, setelah sekian lama tidak di updatekan blog nie, rasanya safwan ada banyak benda jugak nak diceritakan di sini.

First, semester ini adalah semester GANJIL (i.e sem 1,3,5,7), maksudnya semester di mana safwan berada dalam keadaan paling sibuk. Insyaallah dapat melaksanakan segala tugasan yang diberi daripada fakulti, pusat sukan dan juga pusat seni warisan. Pada semester ini Safwan akan menempuh berbagai aktiviti seperti Ujian dan peperiksaan (sudah pasti terjadi), MASUM, selection SUKMA untuk negeri Melaka (if I got time then, I'll go), Festival muzik MAKUM (katanya dekat UNIMAP) dan sebagainya. Huh, memang sibuk macam orang gila tapi Safwan tetap nak menyertai semuanya. Safwan juga nak buktikan pada semua bahawa budak yang bergiat aktif secara kokurikular juga adalah lebih baik daripada pelajar yang tidak menyumbang kepada Universiti tercinta.

Semester ini juga adalah semester pertama selepas jurang setahun yang digunakan sepenuhnya untuk memperbaiki result peperiksaan. Alhamdulillah, Safwan berjaya meningkatkan gred pencapaian kumulatif (CGPA) daripada 2.12 pada semester 3 kepada 2.78 pada semester lepas. Ini adalah satu peningkatan yang baik bagi safwan walaupun ianya tidak melepasi 3.00 pada mata gred purata.

Cuti baru-baru ini juga safwan merasakan kali pertama pengalaman menaiki kapal terbang (Air Asia-AK5381 ke Kuala Lumpur). Rasanya semester lepas merupakan semester yang terpendek tempoh cuti wan kali ni. Namun begitu, safwan rasa sangat happy sebab cuti digunakan sepenuhnya tanpa terperuk dalam rumah tak wat apa-apa.

hahaha...kelakar juga...tapi anyway safwan mengucapkan selamat berjaya kepada semua dengan harapan kejayaan adalah milik kita semua. Sekian dulu, selepas nie wan ada kelas analisis kimia makanan dekat lab biochemstry. So, safwan pergi dulu ya? Assalamualaikum.

Friday, November 13, 2009

EXAM!!!

Asslamualaikum...

Hari nie Safwan nak citer bahawa hari ini adalah last day untuk examination (bagi safwan la). Kertas peperiksaan hari ini adalah Asas Kejuruteraan Proses Makanan ataupun nama omputihnye adalah fundamentals of food process engineering. Killer paper ni tau...

Lepas nie boleh la balik umah...OoOoPs...tak boleh wan, ko ada keje nak buat..
Sorry, memang ada keje pown;

19hb baru balik umah (walopon exam dah habis, tapi aku tetap lik sama-sama ngan housemateku, secara beramai-ramai).
20 hb akan bermulanya kembali latihan tenpin bowling macam biasa sebab MASUM nak start Januari, Februari dan Mac.
1hb-14hb disember- Safwan akan menyertai FESTKUM (Festival Kebudayaan Universiti Malaysia) sebagai krew festival. Penyertaan pertama, mesti seronok!
15 hb training akan disambung kembali
18hb result exam
24 hb kembali ke UDM KUSZA...beginilah selalunya saya mengisi masa lapang cuti semester. Perhaps homesick bukan characteristic Safwan jadi saya tak terasa sangat bila berjalan jalan jauh dari umah. Lagipun mama ngan abah setuju je kalau untuk kebaikan safwan sendiri.

Janji result exam molek-molek. InsyaAllah.

Happy Holiday to all!

Sunday, October 4, 2009

Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selamaini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati
Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata

Ya Allah ku sedar begitu berat tugas menjadi Khalifah untuk kumpulan kecil manusia hamba-hambaMu lalu ku rayu padaMu Ya Allah untuk menghilangkan rasa sedih atas apa yang melepasi diriku melalui masa baik pengalaman gembira mahupun pengalaman yang mendukacitakan.

sesungguhnya aku hambamu yang tidak bersyukur di atas nikmatMu namun sifat Rahman dan Rahim Mu terus menerus diberikan kepada aku. Siapa aku Ya Allah? Aku merasakan onak dan duri dunia ni telah menewaskan aku namun tetap dicurahkan rahmat dan bantuan kepada aku. Tidaklah aku menidakkan kekuasaanMu, menidakkan Qada' dan QadarMu namun aku begitu terharu diberi segala kurnia ini dengna belasan RahmatMu Ya Allah. Amin. Moga-moga aku diberikan hidayah yang berkekalan untuk merasa syurgamu nan indah di Akhirat, bukan hanya untuk diriku, bahkan untuk semua di sekelilingku......

Saturday, October 3, 2009

Assalamualaikum...lama dah saya tak nengok blog sendiri nie...

maaflah wan sibuk sikit....

Hari nie wan nak cerita wan dah selesai menamatkan program akhir untuk ko-tenis (syarat lulus) semalam...kem ini dinamakan sebagai kem ilmu dan motivasi sukan tenis 2009/2010. Ada seribu satu cerita mengenai kem nie sebelum, semasa dan selepas kem ini berlangsung dalam pandangan wan la.....

sebelum:

-Kem ini asalnya diadakan di Merang, setiu, Terengganu. Tapi disebabkan masalah bencana, terpaksa ditukar ke Kampus KUSZA pada malam sehari sebelum ia berlangsung. Program asalnya meliputi kayak dan nightwalk, terpaksa ditukar kepada mini tournament tennis dan pendakian bukit besar.

semasa:

-Kem ini telah berjaya mendapatkan kehadiran 100% even dalam keadaan masalah komunikasi antara ahli (kampus kota dan kampus KUSZA). Nmaun begitu, semua ahli hadir dan memberikan kerjasama yang terbaik dan semuanya kelihatan gembira dalam program ini.
-Makanan memang cambest (thanks to zeehan) disediakan oleh kafe MZM (bayar ye) yang terletak di kafe asrama baru KUSZA. Wan amat berpuashati layanan yang terbaik diberikan daripada mereka kepada kami...terima kasih..
-Terima kasih jugak kat abang rosdi (artisan enterprise) yang sanggup wat banner kat kami (2 keping besar-besar lak tu) dalam keadaan kekurangan masa. terima kasih artisan enterprise
-semua ajk memang main peranan betol-betol..sume enjoy dan aktiviti berjalan lancar...kalau kita ada amsalah pun ajk akan bantu saya menyelesaikan masalah kita on the spot dengan cadangan-cadangan yang bernas
-AJK sanggup discuss di kala orang lain tidor...sedih memikirkan keadaan begini (maksudnya dedikasi yang amat tinggi).
-ada certain student tak sihat after bbq...dun noe why..maybe kepenatan...

selepas

- kem ditutup tanpa kehadiran en nordin atau sesiapapun daripada admin UDM. memang agak sedih jugalah, tapi hikmahnya adalah...daripada majlis ini menjadi sangat formal, akhirnya menjadi sempoi giler...(maklumlah kami-kami je).
-baru tau coach tak pernah bagi ucapan majlis penutup..dia gabra giler...
-Sumer pun balik dengan senang hati


CuMa WaN MeNuNgGu NuYu UnTuK UpLoAd PiCs (AJK PUBLISITI) KaT BlOg DiA..hahahah...wassalam

Sunday, September 13, 2009

Assalamualaikum...

Hari nie safwan berkesempatan juga menghapdet blog nie. Nak diceritakan pada post kali nie, safwan pergi join classmate membiakkan microbe-microbe mereka? Tak tahu microbe tu apa? microbe nie adalah ciptaan Allah S.W.T yang halus, tak nampak dek mata kasar...kena tengok kot mikroskop...tergolong kepada 3 kategori besar virus, bakteria dan fungi (kulat).

jom tengok apa dorang wat nak? ada 5 group setiap satu wat tapai, jeruk maman, ikan pekasam, tempe dan apa entah satu lagi, safwan lupe (thehehehe...)

Monday, September 7, 2009

Di wajah curiga
Dan nada resah
Dirasa berbeza
Terima segala

Jika terlafaz kata
Saat kita bersua
Dalam berbicara

Mendung berlabuh
Dan terbuku di hati sayu
Berlabuh dan berlalu

Debu-debu nan pilu
Pergilah bersama rinduku
Tinggallah cintaku
Yang luka semula

Tiada ku duga
Akhirnya cinta
Di dalam senyuman
Dikau hancurkan
Impian yang terlerai
Nyata satu persenda

Mendung berlabuh
Dan terbuku dihati sayu
Berlabuh dan berlalu

Debu-debu nan pilu
Pergilah bersama rinduku
Tinggallah cintamu
Yang luka semula

Kini kau tinggalkan
Diriku ini
Terbawa pergilah
Debu-debunya
Cinta

Di hati sayu
Berdebu dan berlalu
Debu-debu nan pilu
Pergilah bersama rinduku
Tinggallah cintaku
Yang luka

Terbuku di hati sayu
Bertemu dan berlalu

Oh..Debu-debu nan pilu
Pergilah bersama rinduku
Tinggallah cintamu
Yang luka semula


Ya Allah...lepaskan aku daripada cengkaman cinta lama itu....jauhilah aku daripada cinta itu jikalau aku menemui cinta selepas itu, dan dekatilah aku kepada cintamu, sesungguhnya ku merasakan cintaku terhadapmu kini sedikit pudar walhal cintamulah maha agung.....

To my heart, please let the memories go away from me. Don't keep me thinking all night about her....

;;